fb fb fb fb fb

Pemain tenis Kanada, China lawat Zoo Sydney menjelang saingan United Cup

Bintang tenis Kanada, Felix Auger-Aliassime antara yang melawat Zoo Sydney sebagai aktiviti santai menjelang saingan United Cup/ REUTERS

SYDNEY, 31 Disember – Pemain tenis Kanada dan China mengambil kesempatan melawat Zoo Sydney sebagai aktiviti santai menjelang saingan United Cup, yang akan bermula pada Jumaat, 2 Januari ini.

Antara pemain yang terlibat ialah bintang Kanada, Felix Auger-Aliassime serta wakil China, Zhang Zhizhen.

Mereka dilihat memberi makan kepada koala dan kanggaru sekali gus menikmati pengalaman ikonik di Australia.

United Cup menjadi kejohanan pemanas badan penting bagi pemain elit dunia sebelum menghadapi Terbuka Australia, Grand Slam pertama musim 2026.

Tumpuan peminat tenis dunia akan terarah ke Rod Laver Arena bermula 12 Januari, apabila Terbuka Australia membuka tirai. - REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN