LEVERKUSEN, 3 September – Penyerang Nigeria, Victor Boniface, sah menyertai Werder Bremen secara pinjaman selama setahun daripada Bayer Leverkusen, umum kelab Bundesliga tersebut.
Pemain berusia 24 tahun itu sebelum ini berpindah ke Leverkusen dari kelab Belgium, Union Saint-Gilloise pada Julai 2023 dan berjaya membantu pasukan kendalian Xabi Alonso meraih kejuaraan liga serta piala dalam musim pertamanya.
Sepanjang bersama Leverkusen, Boniface menjaringkan 32 gol dalam 61 penampilan, meskipun turut berdepan masalah kecederaan.
Terdahulu, rundingan pinjaman ke AC Milan tidak berjaya selepas penyerang itu gagal melepasi ujian perubatan berikutan kecederaan lutut berulang. -REUTERS