OEIRAS, 3 September β Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) mengadakan upacara penghormatan kepada pemain bola sepak negara itu, mendiang Diogo Jota, Andre Silva dan Jorge Costa, di Kompleks Sukan Cidade do Futebol, Oeiras.
Keluarga ketiga-tiga pemain menerima pingat, sijil dan anugerah yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Luis Montenegro serta Presiden Marcelo Rebelo de Sousa.
Dua arca dengan nombor jersi Jota dan Costa turut dirasmikan sebagai tanda ingatan.
Presiden FPF, Pedro Proenca menegaskan bahawa jasa dan legasi mereka akan terus dikenang.
Sebagai penghormatan khas, jersi nombor 21 milik Jota diberikan kepada rakan karibnya, Ruben Neves untuk dipakai dalam perlawanan antarabangsa akan datang.
βIa sesuatu yang akan saya bawa ke padang, bukan sahaja dalam ingatan, tetapi sebagai sebahagian kecil daripada kehadiran beliau bersama kami,β kata Neves.
Diogo Jota, 28, dan Andre Silva, 25, maut dalam kemalangan jalan raya Julai lalu, manakala Jorge Costa, bekas kapten Porto berusia 53 tahun, meninggal dunia akibat serangan jantung pada awal Ogos. -REUTERS