CAPE TOWN, 3 September – Pasukan ragbi wanita Afrika Selatan melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mara ke suku akhir Piala Dunia Ragbi buat kali pertama selepas menewaskan Itali 29-24 meski berbaki satu perlawanan dalam peringkat kumpulan menentang Perancis hujung minggu ini.
Tonggak utama Springboks Women Yonela Ngxingolo berkata, dia yakin kejayaan kali ini akan membuka mata masyarakat dan mengubah landskap ragbi wanita.
“Lebih ramai yang kini menyedari kehadiran kami, dan ia pasti memberi inspirasi kepada gadis-gadis muda untuk menyertai sukan ragbi yang kini didominasi pemain lelaki,” ujarnya.
Pasukan ragbi wanita Afrika Selatan telah menunjukkan perkembangan ketara sejak 2018 di bawah kendalian jurulatih ketika itu, Stanley Raubenheimer.
Ia hasil inisiatif Kesatuan Ragbi Afrika Selatan yang mula memberi keutamaan kepada pasukan wanita, terutama sejak Rassie Erasmus dilantik sebagai Pengarah Ragbi pada 2019.
Sejak itu, bilangan pemain berlesen meningkat daripada 3,900 kepada 6,800 orang.