fb fb fb fb fb

Zii Jia tekad tampil aksi cemerlang untuk slot Jelajah Dunia Akhir 2024

Zii Jia pada Majlis Penyampaian Insentif Sukan Olimpik Paris 2024

KUALA LUMPUR, 3 Oktober- Pemain perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia bertekad menampilkan aksi cemerlang dalam kejohanan di Eropah bagi memastikan layak ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou, China Disember ini.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 berusia 26 tahun itu menyatakan bahawa beliau akan sentiasa menjaga kecergasan fizikalnya bagi memastikan dirinya mampu mencapai matlamat itu.

"tetap akan bermain di semua tournament sebab kalau tengok ranking untuk world tour final tu saya dalam kedudukan ke 6 atau 7, ya maksud saya selagi keadaan badan saya baik, saya boleh bertanding di tournament

"sejujurnya bersyukur bukan kecederaan serius cuma kecederaan kecil yang perlu saya perhatikan dan akan perbaiki macam saya cakap selagi saya boleh teruskan latihan, saya boleh masuk gelanggang, saya tetap akan main sebab saya mahu layak ke Jelajah Dunia" katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Insentif Sukan Olimpik Paris 2024 di Majlis Sukan Negara.

Beliau akan beraksi di kedua-dua kejohanan di Eropah bermula Terbuka Artik di Finland dari 8 hingga 13 Oktober dan Terbuka Denmark dari 15 hingga 20 Oktober.

Trainee2