fb fb fb fb fb

Arvid De kleijn kuasai perlumbaan peringkat kelima LTDL 2024

Foto Media LTdL

AYER KEROH, 3 Oktober- Pelumba Tudor Pro Cycling, Arvid De Kleijn mengungguli saingan dari Kuala Lumpur ke Melaka sejauh 167.3 kilometer.

Jaguh pasukan profesional itu melintasi garisan penamat dengan catatan masa 3 jam 35 minit 30 saat.

Tempat kedua dimenangi Matteo Malucelli daripada pasukan JCL Team Ukyo, manakala pelumba Astana Qazaqstan, Gleb Syritsa berada di kedudukan ketiga.

Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Muhammad Nur Aiman Rosli mengakhiri saingan di tempat ke-21 sekali gus bergelar pelumba terbaik Malaysia untuk saingan hari ini.

ROSLINA BINTI DIN