fb fb fb fb fb

Pahang beri RM6,000 kepada pemenang pingat emas Para SUKMA

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN, 3 Oktober - Kerajaan Negeri Pahang bersetuju menaikkan insentif pemenang pingat emas Para SUKMA Sarawak 2024 daripada RM5,000 kepada RM6,000 sama seperti yang diberikan kepada atlet SUKMA.

Turut menerima insentif ialah pemenang pingat perak sebanyak RM3,000 dan pemenang pingat gangsa sebanyak RM2,000.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail dalam kenyataannya berkata, insentif diberikan atas prestasi kontinjen Pahang yang berjaya memperoleh 29 pingat dengan 15 pingat emas, perak (lima) dan gangsa (sembilan) serta menduduki tangga ke-7 secara keseluruhan.

Datuk Seri Diraja Wan Rosdy turut mengucapkan tahniah kepada atlet Para SUKMA dan berharap menjadi inspirasi kepada semua pihak kerana hasil ketekunan dan semangat juang mereka yang luar biasa.

Beliau juga mahukan kejohanan itu menjadi pembakar semangat untuk kejayaan yang lebih besar terutamanya dalam menghadapi Para SUKMA di Selangor pada tahun 2026.

Trainee2