fb fb fb fb fb

Kad merah Koulibaly tidak halang Senegal muncul pendahulu

Kalidou Koulibaly/Foto AFP

RABAT, 31 Disember – Senegal muncul juara Kumpulan D Piala Negara-Negara Afrika meskipun terpaksa mengharungi sebahagian perlawanan dengan 10 pemain selepas kapten pasukan, Kalidou Koulibaly, dilayangkan kad merah.

Dalam perlawanan terakhir kumpulan yang berlangsung di sini pada Selasa, Senegal mempamerkan aksi bertenaga untuk menewaskan Benin 3-0, sekali gus mengesahkan kedudukan selaku pendahulu kumpulan pada pusingan akhir kejohanan yang berlangsung di Maghribi.

Pertahanan tengah, Abdoulaye Seck membuka tirai jaringan Senegal pada separuh masa pertama sebelum Habib Diallo dan pemain gantian, Cherif Ndiaye, menambah dua lagi gol selepas rehat.

Bagaimanapun, Senegal terpaksa menamatkan perlawanan dengan kekurangan seorang pemain apabila Koulibaly diperintah keluar padang kira-kira 20 minit sebelum tamat perlawanan susulan terjahan kasar.

Pemain pertahanan berpengalaman itu dijangka digantung perlawanan pada aksi peringkat kalah mati.

Senegal menamatkan saingan Kumpulan D dengan tujuh mata, mengatasi Republik Demokratik Congo yang turut mencatat kemenangan 3-0 ke atas Botswana di Rabat berdasarkan perbezaan jaringan. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN