fb fb fb fb fb

Liga Perdana Inggeris: Arsenal benam Villa 4-1

Arsenal menutup tirai tahun 2025 dengan penuh bergaya apabila membelasah Aston Villa 4-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London/Foto REUTERS

LONDON, 31 Disember – Arsenal menutup tirai tahun 2025 dengan penuh bergaya apabila membelasah Aston Villa 4-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, sekali gus mengukuhkan kedudukan di puncak carta liga.

Pasukan kendalian Mikel Arteta mempamerkan persembahan mantap untuk menundukkan Villa yang berada di tangga ketiga, sambil menamatkan rekod kemenangan berturut-turut kelab itu sebanyak 11 perlawanan.

3112 SKN LNR SOCCER ARS AVL 2Gabriel Magalhaes/Foto REUTERS

Gabriel Magalhaes membuka tirai jaringan pada minit ke-48 hasil sepakan sudut, sebelum Martin Zubimendi menggandakan kelebihan empat minit kemudian menerusi hantaran tepat daripada Martin Odegaard.

Arsenal terus mengukuhkan kedudukan apabila Leandro Trossard melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti, diikuti gol keempat pasukan oleh Gabriel Jesus yang masuk sebagai pemain gantian. Ollie Watkins menjaringkan gol saguhati untuk Villa pada masa kecederaan.

3112 SKN LNR SOCCER ARS AVL 3Foto REUTERS

Dengan kemenangan itu, Arsenal kini mendahului carta Liga Perdana Inggeris dengan 45 mata, manakala Manchester City di tempat kedua berpeluang merapatkan jurang apabila berdepan Sunderland pada Khamis (1 Januari).

Aston Villa pula ketinggalan enam mata di belakang pendahulu. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN