fb fb fb fb fb

Zii Jia mara ke final Terbuka Thailand

Pemain badminton Profesional Negara, Lee Zii Jia /Foto Facebook BAM

BANGKOK, 19 Mei - Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia berjaya ke pentas final pertamanya musim ini apabila menewaskan jaguh Taiwan, Chou Tien Chen 18-21, 21-12, 21-13 di separuh akhir Terbuka Thailand.

Turun selaku pilihan keenam, Zii Jia bangkit daripada ketinggalan 18-21 di set pertama dengan memenangi set kedua 21-12 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan yang berlangsung di Stadium Nimibutr.

Menantinya pada perlawanan akhir hari ini, adalah pemain dari Hong Kong, Ng Ka Long Angus yang menumpaskan pemain tuan rumah dan bekas juara dunia dari Kunlavut Vitidsarn 21-14, 18-21 dan 21-19.

Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung pada pukul 2.40 petang nanti.

Kali terakhir kedua-dua pemain itu bertemu adalah di pusingan kedua Masters Indonesia pada Januari lalu yang menyaksikan Zii Jia mengatasi Ka Long dengan keputusan 22-20, 21-15.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD