fb fb fb fb fb

Usyk juara tinju heavyweight dunia tewaskan Tyson Fury

Petinju Ukraine, Oleksandr Uysk memenangi Kejuaraan Tinju Heavyweight Dunia menewaskan Tyson fury di Riyadh / Foto REUTERS

RIYADH, 19 Mei - Petinu profesional Ukraine, Oleksandr Usyk memenangi kejuaraan tinju Heavyweight dunia menewaskan Tyson Fury dengan keputusan juri bagi memenangi pertarungan heavyweight dunia pertama dalam tempoh 25 tahun awal pagi tadi, satu pencapaian yang tidak pernah diraih sebelum ini dalam era empat tali pinggang tinju.

Pada pertarungan berkenaan, petinju Britain, Fury bertindak agresif pada awal perlawanan, namun Usyk perlahan-lahan menguasai pertarungan sebelum menumbangkan Fury yang digelar "Gypsy King"pada pusingan kesembilan mengakibatkan kekalahan pertama kariernya.

Usyk yang tidak pernah tewas menyertai petinju seperti Muhammad Ali, Joe Louis dan Mike Tyson sebagai juara heavyweight mutlak sejak sukan tinju itu memperakukan kejuaraan empat pinggang utama pada tahun 2000.

Kemenangan itu membolehkan Usyk, bekas juara Cruiserweight dunia itu secara sah mendakwa dirinya merupakan petinju terbaik eranya meskipun pertarungan ulangan yang dijangka diadakan pada Oktober bakal membuktikan sebaliknya.

"Ini adalah peluang terbaik buat saya dan Ukraine", kata Usyk 37 tahun yang berkhidmat sebagai tentera selepas pencerobohan Rusia.

"Ini adalah masa tdan hari paling terbaik", kata Usyk sambil berkata dia bersedia bagi menghadapi pertarungan ulangan.

Sementara itu, petinju Britain, Fury pula berkata pertarungan menentang Usyk adalah sesuatu yang mengujakan.

"Saya percaya saya memenangi pertarungan ini. Dia (Uysk) mungkin memenangi beberapa pusingan, namun, saya memenangi kebanyakan pusingan.

"Anda tahu negaranya sedang berperang, jadi orang ramai berpihak kepada negara yang sedang berperang tetapi jangan silap, saya memenangi pertarungan itu pada pendapat saya dan saya akan kembali", ujar Fury.

Pertarungan kedua-dua petinju elit itu menyaksikan dua orang pengadil memberi kemenangan kepada Uysk dengan kiraan 115-112 dan 114-113 sementara pengadil ketiga memberikan kemenangan kepada Fury 114-113.

Kemenangan berkenaan melebarkan rekod kemenangan profesional Uysk kepada 22-0.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD