KUALA LUMPUR, 15 Jun- Malaysia mempunyai dua wakil yang akan beraksi di pentas akhir badminton Terbuka Australia, esok.
Wakil negara yang akan berentap untuk memburu gelaran juara itu adalah pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan beregu wanita, Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien, yang cemerlang melepasi saingan di separuh akhir.
Beraksi di Sydney Olympic Park, Zii Jia berjaya mencipta kebangkitan selepas tewas set pertama untuk menundukkan wakil Taiwan, Lee Chia Hao.
Zii Jia menang 10-21, 21-15 dan 21-10.
Pemain nombor lapan dunia itu dijadual bertemu pilihan kedua, Kodai Naraoka dari Jepun.
Dalam satu lagi aksi beregu wanita, Pei Jing-Chiew Sien juga dipaksa beraksi tiga set berhadapan wakil Taiwan, Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam.
Mereka menang 21-13, 18-21 dan 21-14 dalam tempoh satu jam 20 minit.
Gandingan negara dijadual bertemu wakil Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi.