fb fb fb fb fb

RM2 juta diperlukan untuk persediaan Piala Dunia Hoki Dalam Dewan Croatia 2025 - KHM

Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal (tengah)

KUALA LUMPUR, 15 Jun- Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menganggarkan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi mempersiapkan skuad hoki dalam dewan ke Piala Dunia 2025 Porec, Croatia.

Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal menyatakan peruntukan sama juga akan digunakan untuk merealisasikan misi dua pingat emas bagi kategori lelaki dan wanita di Sukan SEA Thailand 2025.

Pasukan hoki dalam dewan lelaki dan wanita beraksi cemerlang di Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2024 di Kazakhstan, Mei lalu.

Skuad lelaki mengakhiri kempen selaku naib juara manakala pasukan wanita yang mengakhiri di tempat ketiga.

"Bergantung kepada jelajah dan elaun. Biasanya kita bercakap tentang angka RM2 juta untuk memastikan mereka kuat. RM2 juta ini bukan untuk gaji dan faedah tetapi untuk persediaan seperti tiket penerbangan."

"Tiket penerbangan semua memang mahal," kata Subahan kepada pemberita di ibu negara.

Masing-masing menerima RM5,000 dan RM2,500 seorang dalam satu majlis penghargaan di Kuala Lumpur.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM