fb fb fb fb fb

Yokohama F Marinos pecat Kewell

Pengurus Yokohama F Marinos, Harry Kewell dipecat selepas aksi kurang memberangsangkan pasukan berkenaan/Foto REUTERS

YOKOHAMA, 17 Julai-Kelab J-League, Yokohama F Marinos telah memecat pengurus Harry Kewell selepas lebih tujuh bulan mengendalikan pasukan berkenaan, kata kelab tersebut.

Pemecatan bekas pemain sayap Liverpool itu hadir dua bulan selepas Yokohama tewas kepada kelab Al-Ain pada final Liga Juar-Juara Asia.

Pengurus berusia 45 tahun itu yang masih lagi mentah pengalaman sebagai pengurus dilantik Disember tahun lepas menggantikan Kevin Muscat dan merupakan pengurus berbangsa Australia yang memegang jawatan berkenaan.

Dua pengurus sebelum itu, Ange Postecoglou dan Muscat berjaya membawa Yokohama menjuarai liga pada 2019 dan 2022.

Namun prestasi Yokohama di bawah Kewell merundum dengan hanya menduduki tangga ke-12 ketinggalan 20 mata di belakang pendahulu ketika ini, Machida Zelvia.

Kemenangan ketika menentang Kashima Antlers 4-1 pada Ahad hadir selepas empat kekalahan berturut-turut sebelum ini.

Jawatan yang ditinggalkan Kewell kini diambil alih sementara oleh John Hutchinson yang bertugas sebagai ketua jurulatih Yokohama sejak tahun lalu.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD