fb fb fb fb fb

Impian Mbappe bermain untuk Real Madrid tercapai

Bintang Perancis, Kylian Mbappe diperkenalkan

MADRID, 17 Julai- Penyerang Perancis, Kylian Mbappe secara rasmi diperkenalkan sebagai bintang baharu Real Madrid di Stadium Santiago Bernabeu pada Selasa.

Majlis yang diadakan secara besar-besaran itu dihadiri lebih 80,000 penyokong.

legenda kelab, Zinedine Zidane turut menyaksikan detik penting berkenaan.

"Sejak kecil lagi, saya hanya mempunyai satu impian sahaja iaitu bermain untuk Real Madrid. Ia sangat bermakna buat saya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para penyokong (Madridstas) kerana memberi galakan dan rasa kasih terus ke hati.Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir hari ini", kata Mbappe

Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Los Blancos.

Pemain berusia 25 tahun itu akan menyarung jersi nombor 9 sama seperti idolanya, Cristiano Ronaldo ketika menyertai Real Madrid pada 2009.

Mbappe pada 2022 sempat mencipta kontroversi apabila menolak tawaran Los Blancos untuk kekal bersama Paris Saint Germain, PSG.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD