fb fb fb fb fb

Yamal perlu kerja keras, capai peringkat tertinggi - Flick

Lamine Yamal / AFP

BARCELONA, 1 Oktober - Pemain sayap Sepanyol, ​​Lamine Yamal perlu terus meningkatkan prestasi menjelang pertemuan antara Barcelona dengan Paris Saint-Germain dalam saingan Liga Juara Eropah, awal pagi esok.

Perkara itu dinyatakan jurulatih Barca, Hansi Flick.

Yamal, merupakan pemain yang semakin meningkat naik selepas dinobatkan naib juara Ballon d'Or, di belakang pemenang utama, Ousmane Dembele, minggu lalu.

"Dia baru berusia 18 tahun dan bagi saya Yamal perlu terus fokus.

"Bukan mudah untuk sampai ke tahap itu, tetapi untuk terus maju ke depan, saya rasa dia perlu berkerja keras dan saya yakin Yamal mampu melakukannya," kata Flick.

Pada musim lalu, Barcelona memenangi treble dalam liga domestik iaitu La Liga, Copa del Rey dan Piala Super Sepanyol.

Bagaimanapun Barca gagal dalam saingan Liga Juara Eropah selepas tewas kepada Inter Milan di peringkat separuh akhir.

Ketika mengulas mengenai aksi menentang skuad Luis Enrique, Flick menggesa Yamal dan rakan sepasukan memperkuatkan barisan pertahanan.

"Ia bukan mengenai bermain bola sepak, tetapi juga pertahanan.

"Sebab itulah kita menuntut prestasi terbaik setiap pemain dan itu yang membuatkan pasukan kita berbeza," katanya. - AFP

MOHAMAD KHAIRIE KHALID