fb fb fb fb fb

YAKEB tidak abaikan Lee Peng, jaga kebajikan menerusi pelbagai bantuan

Bekas perenang para negara, Koh Lee Peng / Foto Bernama

PETALING JAYA, 8 Disember - Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) menafikan dakwaan pihaknya mengabaikan kebajikan bekas perenang para negara, Koh Lee Peng.

Pengerusinya, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata pihaknya menawarkan pelbagai bentuk bantuan kepada pemenang tujuh pingat emas dan tiga perak di Sukan Para ASEAN (APG) 2018 itu.

Namun katanya atlet berusia 50 tahun itu menolak sesetengah pertolongan yang ditawarkan kepadanya.

"Sebenarnya sepanjang kita bersama Koh Lee Peng daripada 2018 kita jumpa beliau di Pulau Pinang dimana kita telah membawa beliau berjumpa dengan Exco Sukan pada masa itu untuk mendapatkan kiosk untuk beliau, tetapi beliau tidak mahu. Majlis Sukan Negara (MSN) Pulau Pinang juga telah memberi tawaran untuk beliau menjadi jurulatih dan beliau telah menolak," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas membawa Lee Peng mendapat pemeriksaan kesihatan di bawah skim bantuan khas YAKEB di Kota Damansara, di sini.

Bekas Atlet negara itu sebelum ini dilaporkan terpaksa menjual barangan kecil dan tisu demi kelangsungan hidup.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN