fb fb fb fb fb

JDT tundukkan Terengganu FC 3-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia

Pemain JDT Arif Aiman meraikan jaringannya pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) di Stadium Nasional Bukit Jalil / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 8 Disember - Johor Darul Ta’zim (JDT) mengalahkan Terengganu FC (TFC) 3-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam ini.

Muhamad Feroz Baharudin dan Arif Aiman Mohd Hanapi masing-masing menjaringkan gol pada separuh masa kedua selepas Ivan Mamut menafikan jaringan pembukaan JDT menerusi Bergson Da Silva pada babak pertama untuk mengesahkan kemenangan skuad Harimau Selatan.

Kejayaan muncul juara Piala Malaysia buat kali keempat itu menyaksikan skuad Harimau Selatan mengesahkan kejayaan treble buat musim kedua berturut-turut selepas dinobatkan juara Piala FA Julai lalu dan Liga Super September lepas.

JDT turut muncul juara Piala Sumbangsih, mengatasi Terengganu 2-0 pada aksi pembukaan Februari lepas.

Sebelum ini, skuad Harimau Selatan memenangi Piala Malaysia pada 2017, 2019 dan 2022.

Kekalahan Terengganu itu menyaksikan mereka gagal menamatkan kemarau 22 tahun menjuarai Piala Malaysia selepas kali terakhir melakukannya pada 2001.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN