fb fb fb fb fb

Serie A: Juventus rampas takhta liga

Pemain pertahanan Juventus, Fedrico Gatti meraikan kejayaan menjaringkan gol menentang Napoli /FOTO AFP

TURIN, 9 Disember- Juventus mempamerkan persembahan terbaik bagi merampas kembali kedudukan pendahulu liga pada Jumaat selepas menang 1-0 ke atas Napoli.

Pada perlawanan yang berlangsung di laman sendiri itu, pasukan pelawat, Napoli kerap kali mendapat peluang bagi menjaringkan gol menerusi Khvicha Kvaratskhelia dan Osimhen namun dikecewakan oleh kecemerlangan penjaga gol tuan, rumah, Wojciech Szczesny.

Tuan rumah, Juventus berjaya mendapatkan gol tunggal perlawanan menerusi Fedrico Gatti yang berjaya menanduk hantaran Andrea Cambiaso pada minit ke-51.

kemenangan tersebut meletakkan Juventus di persada liga dengan 36 mata, satu mata mengatasi Inter Milan yang akan turun bermain menentang Udinese pada Sabtu.

Sementara itu, pengurus Juventus, Massimiliano Allegri memuji persembahan para pemainnya, meskipun berdepan kesukaran menjaringkan gol pada perlawanan tersebut.

"Kami bermain baik pada separuh masa pertama, dan pasukan bermain dan bekerjasama dan kukuh umpama batu granit.

"Kami mempunyai pasukan dan pemain yang bekerja keras. Kami sepatutnya membina permainan bukan dengan bermain hantaran mudah", kata Allegri kepada DAZN.

Dalam pada itu, Napoli yang mengalami kekalahan ketiga berturut-turut kekal di tangga kelima dengan 24 mata.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD