ISTANBUL, 2 Disember – Penyokong Fenerbahce meluahkan rasa kecewa selepas pasukan mereka hanya mampu seri 1-1 menentang Galatasaray dalam pertembungan derbi Istanbul pada Isnin di Stadium Sukru Saracoglu.
Rakaman menunjukkan penyokong berkumpul di luar stadium, menyalakan suar, melaungkan sorakan, manakala bas pasukan Fenerbahce dan Galatasaray diiringi kawalan keselamatan ketat.
“Kelegaan terbesar kami sekarang ialah kami masih kelab terbesar di Turki dan masih belum tewas. Kami pasti akan dinobat juara pada penghujung musim, tiada siapa boleh meraguinya,” kata seorang penyokong.
Seorang lagi penyokong menambah, “Kami memang tidak gembira, sepatutnya kami menang perlawanan ini. Kami tidak berpuas hati dengan prestasi pasukan atau keputusan, tetapi tetap bersyukur.”
Pada perlawanan itu, Galatasaray terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-27 melalui pemain Jerman, Leroy Sane.
Keputusan kekal sehingga minit akhir apabila pemain Colombia, John Duran menyamakan kedudukan untuk Fenerbahce, menjadikan derbi Istanbul berakhir dengan keputusan seri.
Dengan keputusan itu, Galatasaray kekal di tangga teratas Liga Turkiye dengan 33 mata, hanya satu mata di hadapan pesaing terdekat mereka, Fenerbahce. -VIORY