fb fb fb fb fb

Ronaldo bantu Al-Nassr bangkit sebelum menang

Pemain Al-Nassr, Cristiano Ronaldo/ FOTO REUTERS

RIYADH, 9 Disember - Cristiano Ronaldo bermain pada perlawanan profesionalnya yang ke-1,200 berjaya membantu kelabnya, Al-Nassr menang 4-1 ke atas Al-Riyadh pada Jumaat.

"Cristiano Ronaldo kini telah bermain sebanyak 1,200 perlawanan profesional", umum Liga Saudi di platform X, ketika bekas pemain Real Madrid itu yang kini semakin hampir menyamai rekod yang dipegang oleh Peter Shilton yang mendahului senarai pemain lelaki yang membuat penampilan terbanyak.

Pada perlawanan tersebut, pemain berusia 38 tahun itu membuka jaringan selepas 30 minit sepak mula apabila berjaya menampan bola hantaran Sadio Mane.

Pemain Portugis itu mengukuhkan kedudukannya selaku penjaring terbanyak liga dengan 16 gol.

Pada separuh masa kedua, Ronaldo turut terlibat dengan umpanan bagi gol ketiga yang disudahkan rakan senegaranya, Otavio.

Dua gol lagi dihasilkan Talisca, sementara gol saguhati Al-Riyadh dijaringkan oleh Andre Gray.

Kemenangan itu meletakkan Al-Nassr di tangga kedua dengan 37 mata, manakala Al-Riyadh di tangga ke-14 dengan 16 mata.

Bekas penjaga gol antarabangsa England, Peter Shilton masih memegang rekod sebagai pemain profesional paling kompetetif dengan rekod 1,378 perlawanan.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD