fb fb fb fb fb

Liga Juara-Juara: Misi Spalletti bangkit bersama Juventus

Ketua jurulatih baharu Juventus, Luciano Spalletti/AFP

MILAN, 3 November- Bekas jurulatih kebangsaan Itali, Luciano Spalletti memulakan misi menyelamatkan kempen Liga Juara-Juara Juventus pada aksi Selasa ini, berdepan Sporting Lisbon.

Beliau mengetuai Juventus dalam usaha meraih kemenangan pertama mereka di Eropah musim ini.

Spalletti mengambil alih Juventus selepas Igor Tudor dipecat pada Isnin dan segera menunjukkan impak, meraih kemenangan 2-1 ke atas Cremonese pada Sabtu.

Beliau berani tampil dengan taktikal luar kotak, termasuk menempatkan pemain tengah Teun Koopmeiners dalam barisan pertahanan.

Pengendali berusia 66 tahun itu berharap dapat memulihkan reputasinya selepas dipecat dari skuad kebangsaan Itali manakala peminat Juventus pula berharap beliau dapat mengulangi kejayaan menjuarai Serie A bersama Napoli.

Cabaran utama Spalletti adalah isu hubungan dengan pemain serta berdepan dengan ketiadaan beberapa pemain utama seperti Kenan Yildiz dan Lloyd Kelly yang cedera.

Juventus kini berada dalam zon penyingkiran Liga Juara-Juara dengan hanya dua mata. -AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM