fb fb fb fb fb

WTA Finals : Sabalenka menang mudah ke atas Paolini

Aryna Sabalenka / REUTERS

RIYADH, 3 November - Pemain nombor satu dunia, Aryna Sabalenka memulakan kempen WTA Finals dengan langkah meyakinkan apabila menewaskan Jasmine Paolini 6-3, 6-1 dalam aksi pembukaan kumpulan.

Juara Terbuka Amerika Syarikat itu beraksi garang sejak awal permainan dengan melakukan 11 ace dan pukulan bertenaga yang menyukarkan pemain Itali berkenaan mencari rentak.

Sabalenka terlebih dahulu memecah servis lawan untuk mendahului 2-0 sebelum menamatkan set pertama 6-3. Paolini cuba bangkit namun gagal mengekang asakan lawannya yang terus mendominasi set kedua.

Pemain Belarus itu menjarakkan kedudukan 4-0 di set kedua dan tidak menoleh ke belakang untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan bergaya, sekali gus mencatat kemenangan ke-60 musim ini.

Dalam satu lagi aksi kumpulan, juara bertahan Coco Gauff berdepan rakan senegara, Jessica Pegula, dengan dua pemain terbaik bakal mara ke separuh akhir format round-robin.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE