PARIS, 3 November - Pemain tenis Itali, Jannik Sinner menewaskan Felix Auger-Aliassime 6-4, 7-6(4) untuk merangkul gelaran Paris Masters pertamanya, sekali gus kembali menduduki tangga teratas ranking dunia lelaki.
Pilihan kedua kejohanan itu perlu memenangi aksi akhir bagi mengatasi Carlos Alcaraz dalam kedudukan ranking dan kejayaan itu menjadikannya hanya pemain keempat dalam sejarah yang menjuarai kejohanan tersebut tanpa tewas sebarang set.
Bagi Auger-Aliassime, kekalahan itu menjadi tamparan hebat apabila pemain pilihan kesembilan dari Kanada tersebut terlepas peluang menempah slot ke ATP Finals penghujung musim.
Kejayaan di Paris itu menghadiahkan Sinner gelaran Masters pertamanya tahun ini dan kejuaraan kelima bagi musim 2025, sekali gus melanjutkan rekod kemenangan di gelanggang keras tertutup kepada 26 perlawanan berturut-turut.-REUTERS