PARIS, 3 November - Bekas jaguh berbasikal trek Perancis, Charles Coste, yang juga pemegang status pemenang pingat emas Olimpik tertua di dunia, dilaporkan meninggal dunia pada Khamis lalu pada usia 101 tahun, menurut laporan media tempatan.
Coste bersama rakan sepasukan Pierre Adam, Serge Blusson, dan Fernand Decanali merangkul pingat emas acara team pursuit pada Sukan Olimpik London 1948.
Selepas kematian gimnas artistik Hungary, Agnes Keleti, pada 2 Januari 2025 pada usia 103 tahun, Coste menjadi pemenang emas Olimpik tertua yang masih hidup.
Legenda berbasikal itu turut menjadi pembawa obor semasa upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024, simbolik kepada warisan sukan yang dibawanya selama lebih tujuh dekad.
Selain kejayaan Olimpik, Coste turut mencipta sejarah apabila menjuarai Grand Prix des Nations 1949, perlumbaan ujian masa sejauh 140 kilometer, menewaskan juara Tour de France dan Giro d’Italia, Fausto Coppi.-REUTERS