fb fb fb fb fb

YAKEB sedia bantu Gabit

KUALA LUMPUR, 16 April - Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bersedia membantu pelumba supermoto dan motocross negara, Muhamad Habibullah Mohd Saleh yang kini berjuang melawan kanser hidung tahap empat.

Presiden, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata pihaknya telah berhubung dengan keluarga Habibullah atau lebih dikenali Gabit untuk menawarkan bantuan sesuai.

Tambah beliau, YAKEB akan membantu Gabit meskipun bekas pelumba negara itu belum berdaftar menjadi ahli mereka.

"Kami telah menawarkan untuk membantu beliau dan kami pun dah dapat Whatsapp kanser yang stage four ini. Kita akan cuba membantu beliau dan maklumat itu mestilah diberikan kepada kami, jadi kita boleh terus bantu," katanya.

(Noorul Ariffin) 

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Inspirasi Qaseh Ramadan di ibu negara.

Habibullah yang pernah bergelar juara dua kali SuperMoto Asia FIM, menghidap kanser hidung sejak Disember tahun lalu.

Media Baharu