fb fb fb fb fb

Brighton cipta kejutan jejaskan peluang Spurs layak ke Liga Juara Eropah

(FOTO AFP)

LONDON, 16 April - Brighton mencatat kejutan menewaskan Tottenham 1-0 sekali gus menjejaskan peluang pasukan bimbingan Antonio Conte untuk layak ke Liga Juara Eropah musim depan.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan penyerang, Leandro Trossard pada minit ke-90.

Spurs kekal di tangga keempat dengan tiga mata di hadapan pasukan di tangga kelima, Arsenal tetapi The Gunners kini mempunyai dua perlawanan dalam tangan.

(Brighton meraikan gol jaringan Trossard/AFP)

Anak buah Conte telah memenangi empat perlawanan berturut-turut, bermula dengan kemenangan 2-0 di Brighton bulan lepas, untuk memulihkan musim pertama pengurus dari Itali itu yang diwarnai prestasi ala yoyo.

“Hari ini kami melakukan segala-galanya terlalu perlahan. Ia bukan perlawanan yang bagus untuk kami,” kata Conte.

"Apabila anda tidak boleh menang, anda tidak sepatutnya kalah dan itu adalah pengajaran untuk kami hari ini. Apabila ia bukan hari anda, anda perlu memberi lebih perhatian dan tidak kalah," tambahnya.

Kedua-dua pasukan bernasib baik masih mempunyai 11 pemain di atas padang pada penghujung separuh masa pertama.

Pemain Tottenham, Dejan Kulusevski terlepas hanya dengan kad kuning kerana menghayunkan siku terhadap Marc Cucurella.

Cucurella kemudian membalas dendam dengan menerjah buku lali Kulusevski, manakala Enock Mwepu dua kali mengelak kemungkinan kad kuning kedua. -AFP

Media Baharu