fb fb fb fb fb

Cabaran negara di Masters Korea berakhir

KUALA LUMPUR, 17 April - Cabaran pemain negara di Masters Korea berakhir selepas dua wakil negara tewas di tangan lawan masing-masing di pusingan separuh akhir.

Pemain perseorangan lelaki profesional, Soong Joo Ven gagal mengekalkan rentak cemerlangnya apabila terpaksa tunduk di tangan pemain Jepun, Kodai Naraoka 17-21, 23-21, 11-21 di Stadium Gwangju Yeonju.

Meskipun gagal ke final, Joo Ven, 26 tahun, tetap wajar diberi pujian selepas mempamerkan peningkatan prestasi sepanjang kejohanan ini, termasuk menewaskan lawan yang berada di kedudukan ranking lebih tinggi dalam laluan ke separuh akhir.

Sementara itu, nasib sama turut dialami beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang tersingkir di tangan pasangan China, Ou Xuan Yi-Huang Ya Qiong 11-21, 15-21.

Soon Huat-Shevon selepas ini akan mengalihkan fokus mereka dalam persiapan menghadapi Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada 26 April hingga 1 Mei.

(Pemain perseorangan lelaki profesional, Soong Joo Ven/FB BAM)

Media Baharu