fb fb fb fb fb

TFC berjaya raih 3 mata penuh, tewaskan Kelantan United 1-0

KUALA NERUS, 17 April - Pasukan Terengganu FC II (TFC II) memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila berjaya meraih 3 mata penuh apabila berjaya menewaskan Pasukan Kelantan United 1 - 0 pada perlawanan Bola Sepak Liga Premier 2022.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Kuala Nerus, TFC II dilihat lebih mendominasi permainan.

Pasukan tuan rumah terpaksa menunggu sehingga penghujung babak pertama dimasa tambahan untuk menembusi pertahanan kental Kelantan United.

Penyerang import Jordan Mintah berjaya memecah kebuntuan menerusi rembatan padu di dalam kotak penalti untuk TFC II berehat separuh masa dengan 1-0.

Bersambung separuh masa kedua menyaksikan perlawanan sering terganggu dengan kekasaran melibatkan beberapa pemain dan tiada sebarang pertambahan gol hingga tamat perlawanan.

Keputusan kekal dengan TFC II, 1, Kelantan United, 0.

(Pemain TFC II, Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali (kanan) diasak oleh pemain pasukan Kelantan United FC pada saingan Liga Premier 2022
di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini malam tadi/BERNAMA)

Media Baharu