KUALA LUMPUR, 17 April - Persekutuan Snuker dan Biliard Malaysia (MSBF) yakin dapat membawa pulang satu pingat emas meskipun acara beregu lelaki tidak dipertandingkan dalam edisi kali ini.
Sebelum ini pingat emas acara beregu lelaki menjadi milik Malaysia selepas gandingan Moh Keen Hoo dan Lim Kok Leong memenanginya pada edisi 2015 dan 2019.
Justeru, Melvin Chia yakin kedua-dua atlet elit itu masih mampu menyerlah meskipun beraksi dalam acara individu 6 bola merah dan 15 bola merah.
"Taraf dan kemahiran mereka itu sudah di peringkat Asia, dan mungkin lebih tinggi sedikit daripada peringkat Asia, cuma kita kena gilap, kekurangannya adalah stamina, kerana kerja masing-masing, jadi tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersiap sedia untuk kecergasan kerana perlawanan yang lama adalah merugikan bagi mereka, kata Melvin Chia di sini.
Selain satu emas, MSBF turut meletak sasaran membawa pulang satu pingat perak pada temasya kali ini.
Seramai tujuh atlet iaitu lima lelaki dan dua wanita bakal menggalas cabaran negara.
Pada temasya 2019 di Filipina, Malaysia berjaya membawa pulang satu emas, dan satu gangsa melalui acara snuker beregu lelaki dan individu.
(Presiden MSBF, Melvin Chia)