fb fb fb fb fb

Wushu: Mandy dan Stephanie masing-masing rangkul dua emas

Aksi yang dipamerkan oley Atlet wushu Selangor Mandy Cebelle Chen dalam acara Taijiquan kategori wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Dewan Wushu SSC, Petra Jaya hari ini/ BERNAMA

KUCHING, 15 Ogos- Aksi di gelanggang wushu terus menjadi tumpuan hari ini terutama melibatkan pencapaian dilakar atlet Selangor, Mandy Cebelle Chen dan Stephanie Chai Ern Ngu dari Sarawak.

Masing-masing berjaya meraih dua pingat emas pada penyertaan SUKMA kali ini.

Dalam saingan yang berlangsung di Dewan Wushu SSC, Kuching, dua pingat emas Mandy diperoleh menerusi acara taijiquan wanita hari ini, manakala satu lagi diraih dalam saingan akhir taijijian semalam.

Dalam pada itu, pingat perak acara taijiquan menjadi milik atlet Wilayah Persekutuan Kwan Yong Xin, manakala wakil tuan rumah Carmen Jia Min Chaw berpuas hati dengan pingat gangsa.

Sementara itu, Stephanie turut cemerlang apabila berupaya meraih pingat emas kedua menerusi acara Jianshu pada hari ini.

Terdahulu, pingat emas pertama Stephanie diperoleh menerusi acara Changquan, semalam.

Esok, 14 pingat emas menjadi rebutan pada hari terakhir saingan wushu.

ROSLINA BINTI DIN