fb fb fb fb fb

Boling padang: Malaysia sasar tiga terbaik dunia

Skuad boling padang negara meletakkan sasaran untuk menamatkan saingan dalam kelompok tiga terbaik pada Kejohanan Boling Padang Piala Dunia 2025/Foto Hiasan

SHAH ALAM, 27 Oktober – Skuad boling padang negara meletakkan sasaran untuk menamatkan saingan dalam kelompok tiga terbaik pada Kejohanan Boling Padang Piala Dunia 2025, yang akan berlangsung di Bukit Kiara dari 4 hingga 8 November ini.

Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM), Datuk Awalan Abdul Aziz berkata bagi mencapai sasaran itu, pasukan negara perlu meraih sekurang-kurangnya satu pingat emas pada kejohanan berprestij berkenaan.

2710 SKN LAWN BOWLS SASARAN 2Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM), Datuk Awalan Abdul Aziz/RTM

“Berdasarkan sistem pungutan mata, terdapat tujuh acara yang dipertandingkan iaitu tujuh pingat emas, tujuh perak dan tujuh gangsa. Setiap pingat emas bernilai 250 mata, perak 175 mata, manakala gangsa 125 mata. Untuk berada di tangga ketiga keseluruhan, kita juga bergantung kepada prestasi pasukan lain. Namun, saya menyasarkan sekurang-kurangnya satu emas daripada kontinjen negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas menjelang Kejohanan Boling Padang Dunia 2025, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Datuk Awalan menjelaskan, pihaknya tidak menetapkan sasaran khusus kepada mana-mana atlet bagi mengelakkan tekanan terhadap mereka.

“Kami mahu atlet beraksi dengan fokus dan tenang, tanpa tekanan angka atau sasaran tertentu,” tambahnya.

Malaysia akan diwakili oleh Izzat Shameer Dzulkeple, Muhammad Soufi Rusli, Emma Firyana Saroji dan Nurul Alyani Jamil.

Sebanyak tujuh kategori akan dipertandingkan, merangkumi perseorangan dan regu lelaki serta wanita, selain perseorangan dan campuran bagi kategori para.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN