PUGLIA, 31 Disember – Obor Olimpik meneruskan perjalanan merentasi kawasan selatan Itali, Puglia, pada Selasa, sekali gus menghiburkan penonton di seluruh negara tuan rumah Sukan Olimpik.
Leg ke-23 Siri Perarakan Obor Olimpik bermula di Nardo sebelum bergerak ke bandar pesisir Gallipoli dan seterusnya ke Presicce-Acquarica di hujung selatan Itali.
Para pembawa obor kemudian meneruskan perjalanan merentasi semenanjung dengan singgah di Maglie dan Otranto, sebelum perarakan hari itu berakhir di Lecce, yang terkenal dengan seni bina baroknya.
Obor Olimpik dijangka meneruskan perjalanan melalui pelbagai wilayah di Itali dan tiba di Cortina d’Ampezzo pada 26 Januari, tepat 70 tahun selepas pembukaan Sukan Olimpik 1956 di lokasi yang sama.
Perjalanan obor itu akan berakhir di Stadium San Siro, Milan, tepat pada masanya untuk upacara perasmian pada 6 Februari. -REUTERS