fb fb fb fb fb

SUKMA 2024: Terengganu di tangga teratas

KUCHING, 15 Ogos- Perebutan pingat SUKMA 2024 semakin sengit dengan kedudukan pendahulu kini berubah menjadi milik Terengganu.

Terengganu kini berjaya mengumpul empat pingat emas.

Pada hari ini, berbasikal lebuh raya menjadi penyumbang utama pingat emas Terengganu apabila berjaya menjuarai acara 'lepas beramai-ramai berpasukan' dan 'individu'.

Satu lagi emas Terengganu diraih atlet, Kee Zhe Yie, juga dalam sukan berbasikal lebuh raya menerusi acara ujian masa individu lelaki semalam.

Kedudukan pingat dijangka berubah esok apabila lebih banyak pingat bakal dipertandingkan.

Sebanyak 27 pingat emas akan menjadi rebutan esok dengan 17 dalam sukan wushu, sekali gus kekal menjadi lubuk pingat untuk semua kontinjen bertanding.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM