fb fb fb fb fb

Rublev, Norrie mara ke pusingan kedua Masters Paris

Andrey Rublev (kiri) dan Cameron Norrie/ REUTERS

PARIS, 28 Oktober - Pemain pilihan ke-12, Andrey Rublev menempah slot ke pusingan kedua kejohanan ATP Masters 1000 di Paris selepas menewaskan Jacob Fearnley dalam straight set.

Rublev menang mudah 6-1, 6-4 dalam perlawanan yang berlangsung lebih sejam.

Sementara itu, Cameron Norrie turut melangkah ke pusingan seterusnya selepas menundukkan Sebastian Baez 6-3, 6-4.

Dua lagi pemain, Daniel Altmaier dari Jerman dan Flavio Cobolli dari Itali, juga mencatat kemenangan straight set untuk mara ke pusingan kedua.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI