fb fb fb fb fb

BAM kecam buli siber terhadap pemainnya

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 28 Oktober - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menzahirkan rasa bimbang berhubung insiden penyalahgunaan serta ugutan dalam talian yang menyasarkan pemain kebangsaan, kebelakangan ini.

Dalam satu kenyataan, BAM menegaskan tindakan berbentuk kebencian, intimidasi dan diskriminasi tidak mempunyai tempat dalam sukan badminton mahupun dalam masyarakat.

"Keselamatan serta kesejahteraan atlet negara sentiasa menjadi keutamaan utama dan pihaknya mengecam sekeras-kerasnya perilaku tidak bertanggungjawab tersebut" menurut kenyataan tersebut.

BAM turut menyeru orang ramai agar menyuarakan pandangan secara berhemah dan positif, selain memberi sokongan kepada pemain.

Badan induk itu memaklumkan akan terus memantau keadaan serta memastikan bantuan sewajarnya diberikan kepada atlet yang terlibat.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE