fb fb fb fb fb

Cristiano Ronaldo Jr. dipanggil sertai skuad B-16 Portugal

Cristiano Ronaldo Jr./ REUTERS

PORTUGAL, 28 Oktober - Cristiano Ronaldo Jr. meneruskan jejak langkah bapanya apabila menerima panggilan menyertai skuad bawah 16 tahun Portugal.

Anak sulung kepada penjaring dan pemegang rekod penampilan terbanyak Selecao itu, yang kini berusia 15 tahun, menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan di Oeiras sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Piala Persekutuan yang akan berlangsung di Antalya, Turkiye dari 30 Oktober hingga 4 November.

Ronaldo Jr., yang kini bersama pasukan remaja Al-Nassr di Arab Saudi, sebelum ini cemerlang bersama skuad bawah 15 tahun negara apabila menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-2 ke atas Croatia pada perlawanan akhir Kejohanan Antarabangsa Vlatko Markovic.

Portugal akan memulakan kempen menentang tuan rumah Türkiye pada 30 Oktober, sebelum berdepan Wales pada 1 November dan England pada 4 November.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI