fb fb fb fb fb

Bruno Fernandes kekal di Manchester United sehingga 2027

Ketua pasukan Manchester United Bruno Fernandes/Foto REUTERS

LONDON, 15 Ogos-Bintang Portugal dan ketua pasukan Manchester United, Bruno Fernandes telah menandatangani kontrak baharu bersama Manchester United sehingga Jun 2027 dengan pilihan disambung selama setahun, kata kelab gergasi Liga Inggeris itu.

Fernandes yang juga pemain tengah kebangsaan Portugal menyertai Manchester United pada 2020, menjaringkan 79 gol selain menghasilkan 67 umpanan dalam 234 penampilan buat kelab terbabit.

"Sebelum ini, Fernandes telah menandatangani kontrak pada 2022 menyaksikannya kekal sehingga 2026.

Fernandes dalam satu kenyataan berkata dia sangat teruja dapat menandatangani kontrak lanjutan berkenaan dan memasang impian bagi mencipta kejayaan bersama 'The Red Devils' pada masa depan.

"Semua orang tahu tentang keghairahan saya terhadap Manchester United," kata pemain berusia 29 tahun itu dalam satu kenyataan.

"Saya faham tanggungjawab dan kepentingan memakai jersi ini, serta tahap dedikasi dan keinginan yang diperlukan untuk mewakili kelab yang luar biasa ini.

"Saya tidak akan menandatangani kontrak ini jika saya tidak percaya bahawa saat-saat terbaik saya dengan jersi United masih belum tiba", katanya.

Manchester United bakal menentang Fulham pada kempen Liga Perdana Inggeris, Jumaat ini.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD