fb fb fb fb fb

Skuad ragbi PDRM tewaskan Polis Thailand

Foto Facebook Ab Rauf Yusoh

MELAKA, 16 Ogos - Skuad ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuktikan keunggulan apabila berjaya memenangi kedua-dua kategori pada Kejohanan Ragbi Piala Rujirawongse ke-35 dengan menewaskan skuad Polis Thailand dalam aksi di Stadium Hang Tuah, Melaka.

Kejohanan tahunan Bersama-sama Pasukan Ragbi Royal Thai Police (RTP) itu mempertandingkan dua kategori iaitu kategori veteran dan kategori terbuka.

Pasukan Sang Saka Biru memenangi kategori terbuka dengan 32-21 mata manakala kategori veteran, 26-0 mata.

Mereka diraikan pada makan malam sempena kejohanan itu yang dianjurkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Polis Leftenan Jeneral Kornchai Klayklueng mewakili Ketua Polis Diraja Thailand.

Kehadiran skuad RTP adalah bagi menyemarakkan lagi semangat kesukanan dan mengukuhkan hubungan literasi kedua negara serta kedua-dua institusi kepolisan.

Kejohanan yang dipertandingkan buat kali pertama pada tahun 1961 merupakan hasil ilham Ketua Polis Thailand pada ketika itu, Police General Praset Rujirawongse bersama-sama Police Major Siri Suknanusart dan diteruskan sehingga ke hari ini.

TETITIA YUSOFF