fb fb fb fb fb

Liga Europa: Ajax tewaskan Panathinaikos dengan 13 sepakan penalti

FOTO AFP

PARIS, 16 Ogos- Ajax menewaskan Panathinaikos 13-12 menerusi penentuan penalti dalam aksi Liga Europa awal pagi tadi dengan 34 sepakan diperlukan untuk mencari pemenang pada perlawanan itu.

Selepas keputusan perlawanan timbal balik itu berakhir dengan kemenangan 1-0 kepada pasukan pelawat, Panathinaikos menyaksikan agregat terikat 1-1 dan menyebabkan aksi pusingan ketiga kempen kelayakan berkenaan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti di Johan Cruyff ArenA.

Kedua-dua pasukan mengambil sebanyak 17 sepakan penalti sebelum pemain Ajax, Anton Gaaei menjadi wira bagi membantu pasukannya layak.

Penjaga gol Ajax, Remko Pasveer menyelamatkan lima penalti dan turut berjaya menyempurnakan satu sepakan penalti.

"Ia sungguh sukar untuk dipercayai," kata jurulatih Ajax, Francesco Farioli.

"Semangat dan komitmen pasukan sangat hebat malam ini. Kami mungkin tidak sempurna, tetapi kami tidak boleh mengatakan bahawa pemain tidak memberikan segala-segalanya.

Ajax akan akan bertemu Jagiellonia Bialystok dari Poland dalam pusingan playoff minggu depan.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD