fb fb fb fb fb

Sukma 2024: Nur Hazirah tambah koleksi emas Sarawak

Pasukan tenpin boling Sarawak menghadiahkan pingat emas buat kontinjen tuan rumah pada temasya Edisi ke 21 menerusi acara perseorangan wanita

KUCHING, 16 Ogos - Pasukan tenpin boling Sarawak menghadiahkan pingat emas buat kontinjen tuan rumah pada temasya Edisi ke-21 menerusi acara perseorangan wanita, malam tadi.

Dalam saingan yang berlangsung di Megalanes Sarawak Emart Batu Kawa, di sini menyaksikan pingat emas diraih menerusi Nur Hazirah Ramli.

Nur Hazirah yang juga naib juara acara individu Sukma 2022 berjaya mencatat sebanyak 1,261 jatuhan pin untuk bergelar juara.

Pemain Selangor, Adania Mohd Redzwan yang mengumpul mata 1,254 berada di tempat kedua manakala wakil Wilayah Persekutuan, Haiffa Hazlan sekadar berpuas hati dengan gangsa.

Sementara itu, dalam saingan perseorangan lelaki menyaksikan Terengganu berjaya menambah satu lagi koleksi pingat emas menerusi Wan Muhammad Zarif Ikram Wan Mazlan.

Beliau muncul juara selepas mencatat 1,375 jatuhan pin.

Manakala Shaqeem Izwan Teh Shahrul Hafiz Teh, wakil Wilayah Persekutuan di tempat kedua dengan 1,361 pin.

Pingat gangsa menjadi milik Emmanuel Fo dari Sabah dengan 1,342 jatuhan pin.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN