fb fb fb fb fb

Wira Piala Dunia England 1966 meninggal dunia

(FOTO AFP)

LONDON, 24 Disember-Bekas pemain England yang memenangi Piala Dunia 1966, George Cohen meninggal dunia pada usia 83 tahun.

Perkara tersebut dimaklumkan bekas kelabnya Fulham pada Jumaat.

Menurut kenyataan Fulham menerusi akaun Twitter rasmi kelab itu, pemergian Cohen adalah satu berita yang menyedihkan buat kelab tersebut.


(Wira Piala Dunia 1966 England, George Cohen (kanan) menerima penghormatan
dalam satu perlawanan bolasepak FOTO AFP)

Kelab itu turut menghargai segala sumbangan bekas pemain itu dan akui Cohen sebagai pemain terhebat pernah dimiliki Fulham.

Cohen membuat penampilan sulung antarabangsanya pada tahun 1964 dan seterusnya mewakili negaranya sebanyak 37 kali.

Cohen adalah watak penting England pada tahun 1966, dengan tanggungjawab sebagai pemain di bahagian pertahanan serta sering membantu bahagian depan dalam sistem jurulatih Alf Ramsey, dan bermain setiap minit kempen Piala Dunia itu.-AFP

Media Baharu