fb fb fb fb fb

Vivell ganti Cech sebagai Pengarah Teknikal Chelsea

LONDON, 24 Disember- Chelsea melantik Christopher Vivell sebagai Pengarah Teknikal baharu menggantikan Peter Cech yang bakal melepaskan jawatan tersebut Jun ini.

Vivell yang berusia 36 tahun sebelum ini berkhidmat di Salzburg menyaksikan RB Leipzig berjaya menandatangani Erling Haaland dan Karim Adeyemi sebagai pemain kelab itu.

Vivell juga bertanggungjawab kepada proses rekrut dan pencarian bakat bagi kelab dari Jerman itu.


Pengarah Teknikal baharu Chelsea, Christopher Vivell menggantikan Peter Cech/ FOTO AFP)

" Chelsea sedang menyiapkan projek bolasepak terhebat dan saya berbangga untuk turut terlibat didalam projek tersebut", kata Vivell.

Tambahnya lagi Chelsea mempunyai potensi yang cerah bagi menggilap bakat-bakat baru.

"Chelsea mempunyai peluang besar bagi berkembang pada masa depan".

Kehadiran Vivell mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan bekas penjaga gol Chelsea, Peter Cech selepas tiga tahun menggalas jawatan tersebut berikutan pengambialihan kelab oleh Konsortium diketuai usahawan Amerika Syarikat, Todd Boehly.

"Menerusi pengambilalihan kelab dan kehadiran Graham Potter, Falsafah dan visi kelab lebih jelas disokong dengan analisis dan data permainan setiap pemain, saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada pasukan berkenaan", jelas Vivell lagi.

Sementara itu pemilik Chelsea, Todd Boehly pula menganggap kehadiran Vivell mampu memberi sokongan kepada pengurus Graham Potter dari sudut kepimpinan buat kelab.

"Rekod cemerlangnya (Vivell) di Jerman dan Austria membuktikan kredibilitinya", kata Boehly.

Chelsea kini berada di kedudukan kelapan dalam Liga Perdana Inggeris, namun layak ke pusingan 16 Liga Juara dan bakal bertemu pasukan Borussia Dortmund.-AFP

Media Baharu