fb fb fb fb fb

Arteta sasar Arsenal julang piala Liga Perdana Inggeris

FOTO REUTERS

LONDON, 24 Disember- Pengurus The Gunners, Mikel Arteta mahu Arsenal kembali menjulang Piala Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kejayaan tersebut pernah diraih Arsenal pada edisi 2004 di bawah kendalian legenda, Arsene Wenger.

The Gunners kini dalam momentum terbaik apabila merekodkan 12 kemenangan daripada 14 perlawanan namun liga direhatkan seketika bagi memberi laluan kepada kejohanan berprestij dunia, Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar.

Peminat dan pakar melemparkan pandangan dan perdebatan berhubung 'masa rehat' itu akan menjadi bantuan atau halangan untuk Arsenal terus berada di puncak liga.

Tambahan pula, khidmat penyerang dari Brazil, Gabriel Jesus terpaksa diketepikan susulan mengalami kecederaan lutut ketika kempen Piala Dunia menentang Cameroon.


(FOTO REUTERS)

Arteta, bagaimanapun optimis dengan prestasi anak buahnya menjelang dengan West Ham, Isnin ini di Emirates.

"Anda tahu, saya mahu pasukan bermain dengan cara tertentu dan lebih konsisten. Dengan itu, kami mampu menang lebih banyak perlawanan," kata Arteta kepada Sky Sports.

Arsenal kini mengungguli carta Liga Perdana, berkelebihan lima mata meninggalkan Manchester City di tangga kedua.-AFP

 

Media Baharu