fb fb fb fb fb

Pep Guardiola kritik Kalvin Phillips, 'kegemukan'

FOTO REUTERS

LONDON, 24 Disember- Pengendali Manchester City, Pep Guardiola kecewa dengan pemain tengah, Kalvin Phillips susulan kegagalan mengawal berat badan.

Pemain England itu baru sahaja selesai menyertai kempen Piala Dunia, dilihat seakan tidak bersedia untuk bersama skuad The Citizens.

Guardiola yang juga runsing menyaksikan pemain berusia 27 tahun itu tidak memanaskan bangku simpanan ketika City menang menewaskan Liverpool dalam perlawanan Piala Carabao pada Jumaat di Stadium Etihad.

"Dia tidak cedera. Dia hanya mengalami pertambahan berat badan. Saya tidak tahu mengapa dia begitu. Dia tidak berada dalam keadaan terbaik untuk melakukan sesi latihan dan bermain," kata Guardiola dalam sidang media selepas perlawanan.

City mempunyai 16 pemain yang berkhidmat untuk pasukan negara dalam kempen Piala Dunia, lebih ramai daripada kelab Liga Perdana lain.

"Apabila dia sudah bersedia dia akan bermain kerana kami memerlukannya, kami amat memerlukannya," tambah Guardiola yang mengkritik Phillips tidak mempunyai masalah dengan rejim latihan England.

Ditanya sama ada dia kecewa, bos Sepanyol itu menjawa, "Ia adalah perbualan peribadi dengan Phillips".

City meneruskan usaha mempertahankan kejuaraan Liga Perdana mereka menentang bekas kelab Phillips, Leeds pada Rabu.- AFP


(Pengendali The Citizens, Pep Guardiola/REUTERS)

Media Baharu