Badminton Terbuka Jepun: Sze Fei-Nur Izzuddin berdepan pasangan no 1 dunia di separuh akhir

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berdepan cabaran getir pada separuh akhir Terbuka Jepun 2026 esok – Foto RTM

TOKYO, 17 Julai – Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mara ke separuh akhir Terbuka Jepun 2026 selepas menewaskan pasangan Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Presley Smith, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bangkit selepas kalah set kedua untuk menang 21-18, 15-21, 21-13 dalam suku akhir.
  • Mengekalkan rekod bersih 4-0 ke atas pasangan tersebut dalam empat pertemuan.
  • Di separuh akhir mereka akan berhadapan pasangan nombor satu dunia, Kim Won Ho dan Seo Seung Jae.

Pasangan pilihan kelima kejohanan itu bangkit selepas kehilangan set kedua untuk mencatat kemenangan 21-18, 15-21, 21-13 dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

Kemenangan itu turut menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin mengekalkan rekod bersih ke atas pasangan ranking ke-28 dunia tersebut dalam empat pertemuan.

Di separuh akhir kejohanan bertaraf Super 750 itu, pasangan negara bakal berdepan ujian getir apabila dijadual menentang pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae.

Gandingan Korea Selatan itu mara selepas menewaskan pasangan negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing 21-13, 21-10 pada satu lagi aksi suku akhir.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.