fb fb fb fb fb

Windsikher unggul pada perlumbaan ketiga RMSIR 2025

Bekas komodor Royal Selangor Yacht Club Datuk Richard Alexander John Curtis menyampaikan plak kepada pasukan pelayaran Windsikher yang memenangi tempat pertama bagi kelas pertama dalam perlumbaan ketiga Kejohanan Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor (RMSIR) edisi ke-35 dari Pulau Pinang ke Langkawi/ BERNAMA

LANGKAWI, 22 November - Windsikher dari Singapura unggul pada perlumbaan ketiga Kejohanan Regata Antarabangsa Raja Muda Selangor (RMSIR) 2025 apabila berjaya menamatkan rekod kemenangan berturut-turut Hollywood Samurai hari sebelumnya.

Pada perlumbaan ketiga Kelas 1 dari Pulau Pinang ke Langkawi, Windsikher bersama jurumudi Sarab Jeet Singh menamatkan perlumbaan dalam masa 7 jam, 10 minit dan 36 saat, mengatasi Blitz di tempat kedua (7 jam 16 minit 54 saat) manakala Hollywood Samurai sekadar di tempat ketiga (7 jam 18 minit 3saat)

Windsikher ketika ini berada di tempat ketiga dengan 16 mata penalti manakala Hollywood Samurai terus mengungguli kedudukan teratas dengan 14 mata penalti, diikuti rapat oleh The Next Factor dengan 15 mata penalti.

Majlis penyampai hadiah disempurnakan oleh bekas komodor Royal Selangor Yacht Club Datuk Richard Alexander John Curtis di Kelab Kapal Layar Diraja Langkawi (RLYC), malam tadi.

RMSIR, yang berlangsung selama sembilan hari dari 14 hingga 22 November, disertai 23 pasukan.

Kali pertama dianjurkan pada 1990, RMSIR adalah kejohanan kapal layar kedua tertua di Asia. la cetusan idea Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika menjadi Raja Muda Selangor.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI