fb fb fb fb fb

Al-Ahli bangkit atasi Al-Qadsiah 2-1 meski beraksi dengan 10 pemain

Al-Ahli menang ke atas Al-Qadsiah 2-1/ REUTERS

JEDDAH, 22 November - Franck Kessie muncul wira Al-Ahli selepas meledak gol pada minit ke-66 untuk membantu pasukannya menewaskan Al-Qadsiah 2-1 dalam aksi Liga Pro Saudi pada Jumaat (21 November), meskipun terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Pemain tengah Al-Ahli, Ziyah Aljohani, dilayangkan kad merah pada masa kecederaan babak pertama selepas didapati mengasari pemain Qadsiah, Otavio, ketika pasukannya sedang mendahului 1-0 hasil jaringan cantik Galeno pada minit ke-6.

Qadsiah menyamakan kedudukan pada minit ke-64 apabila hantaran lintang Christopher Bonsu Baah ditanduk masuk melepasi penjaga gol Al-Ahli, Edouard Mendy. Namun Al-Ahli hanya memerlukan dua minit untuk kembali di depan apabila Kessie menyambar bola liar dan merembat kencang melepasi Koen Casteels bagi menjadikan kedudukan 2-1.

Kemenangan itu menyaksikan Al-Ahli mengumpul 19 mata dengan rekod 5-4-0, sekali gus memintas Qadsiah (17 mata, 5-2-2) untuk naik ke tangga keempat liga.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI