fb fb fb fb fb

WHO seru lebih banyak negara bantu rawat pesakit Palestin cedera

FOTO REUTERS

GENEVA, 2 Oktober - Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, menggesa lebih banyak negara membuka pintu bagi menerima pesakit Palestin yang cedera untuk rawatan segera.

Beliau menegaskan, pemindahan perubatan perlu dikembalikan ke Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur, selain menambah kekerapan evakuasi bagi menampung jumlah mangsa yang semakin meningkat.

Konflik Gaza kini memasuki tahun kedua dengan wilayah itu musnah teruk, manakala penduduk di bahagian utara berdepan kebuluran dan kebanjiran pelarian.

Sehingga kini, lebih 66,000 penduduk Gaza dilaporkan terbunuh manakala majoriti daripada 2.3 juta penduduknya dipindahkan ke hanya 12 peratus kawasan.

Menurut pangkalan data Aid Worker Security, lebih 550 petugas bantuan turut terbunuh, jumlah tertinggi pernah direkodkan dalam mana-mana konflik.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE