fb fb fb fb fb

Ketua jurulatih JDT puas hati selepas tundukkan UM Damansara 5-3

Pemain JDT, Heberty Fernandes De Andrade meraikan gol ke tiga ketika menentang UM Damansara United di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi / BERNAMA

ISKANDAR PUTERI, 3 Oktober -Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz berpuas hati dengan kemenangan pasukannya selepas menundukkan UM Damansara United 5-3, sekali gus melangkah ke suku akhir Piala FA, malam tadi.

Munoz juga masih menaruh harapan terhadap penjaga gol muda, Christian Abad walaupun kealpaannya menyebabkan gawang JDT dibolosi.

Beliau menyifatkan, perlawanan itu tetap menjadi pengalaman berharga buat pemain muda yang diturunkan dalam kesebelasan utama.

“Inilah bola sepak. Kadang-kadang kita belajar daripada kesilapan. Mereka masih muda dan perlu faham tekanan serta tanggungjawab bermain dalam kesebelasan utama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih UM Damansara United, Ridzuan Abu Shah menyifatkan, persembahan pasukannya tetap membanggakan khususnya penyerang import, Anuar Ceesay yang meledak dua gol selepas dimasukkan pada babak kedua.

“Walaupun peluang layak sudah tiada, gandingan Ceesay bersama rakan sepasukan berjaya menghasilkan tiga gol.

Itu satu perkembangan positif buat pasukan,” katanya.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN